TIPS BERJIMAT CERMAT DI BULAN PUASA
Tips berjimat cermat di bulan puasa perlu untuk kita amalkan kerana bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah iaitu bulan yang mana kita belajar dan menjalani latihan. Ramadhan ini juga tempat kita "menyucikan" diri dalam tempoh satu bulan setelah menjalani 11 bulan yang lalu.
Hakikatnya, sempena kedatangan bulan puasa ini, kita semua perlu mengawal kewangan dan perbelanjaan. Janganlah pula perbelanjaan lebih banyak daripada biasa. Lebih-lebih lagi kita sebagai umat islam sentiasa diseru berjimat cermat dan tidak menurut hawa nafsu.
Bayangkan, pada bulan Ramadhan inilah kita boleh berjimat RM5 paling minimum, genap sebulan berpuasa kita sudah mampu mengumpulkan RM150 yang sebelum ini tanpa sedar kita telah melakukan pembaziran. Tambahan pula pada bulan ini, kita bukan sahaja diminta mengawal nafsu makan dan minum malah perlu dikawal nafsu berbelanja. Jadi mari kita berjimat cermat di bulan yang mulia ini. Mudah-mudahan kita semua boleh mempraktikkannya bukan sekadar pada bulan puasa malah hari-hari yang lain juga sama.

8 PETUA
BERJIMAT CERMAT DI BULAN PUASA
1. AZAM BERJIMAT
Pada bulan Ramadhan, memasang azam secara tidak langsung akan membantu kita agar berpada-pada semasa berbelanja. Paling mudah waktu membeli juadah, anda berazam untuk hendak berbelanja kurang daripada RM10, Tanpa kita sedari, azam kita akan membantu mengawal perbelanjaan!
2. BELANJAWAN HARIAN
AZAM sahaja tidak cukup. Kita harus mempunyai belanjawan untuk menyokong azam tersebut, Kalau tidak, khuatir tersasar nanti. Cara mudah membuat belanjawan adalah dengan mencatat segala yang ingin dibelanjakan harian di atas sehelai kertas. Catatan itu akan bertindak sebagai panduan, tapi jangan main tipuuuu ar!
3. JANGAN BAWA DUIT BERLEBIHAN
Taktik ini ternyata berkesan kepada ramai orang. Bawa duit sekadar yang penting seperti dirancang. Walaupun agak sukar dilakukan tapi memang BERKESAN!
4. JANGAN BERBELANJA IKUT NAFSU
Latih dan kawal diri tidak mengikut nafsu. DISIPLIN. Fikir, walau kita ada duit, berjimatlah. Kita tidak ada duit, lagi kena berjimatlah.
5. KIRIMAN
Kalau kita berasa sukar juga untuk mengawal nafsu untuk berjimat cermat, alternatifnya kita boleh mengirim, saja melalui rakan ataupun ahli keluarga yag lain. Yang ini memang payah untuk tips berjimat cermat di bulan puasa, tapi memang berhasil!
6. BUAT SENDIRI
Kalau kita inginkan penjimatan yang maksimumkan, manfaatkan anugerah Allah dengan banyak buat secara D.I.Y. Contohnya, berbuka dan bersahur masak sendiri bukan sahaja dapat menjimatkan duit, malah menjimatkan masa anda juga. Inilah peluang terbaik untuk Sang Isteri dan Suami sama-sama menggandakan pahala.
7. BUKAN HARI RAYA
Hidup bukan hanya untuk Hari Raya. Hari Raya tetap Hari Raya walaupun semua bukan benda baru. Jangan hidup kerana nak menunjuk, aku ada sofa baru, baju baru, baju sedondon itu ini, pakai baju raya tahun lepas masih sah solat raya, In sha Allah. Kita kena ingat amalan yang berganda pada bulan yang mulia ini bukan perbelanjaan yang berganda.
8. MAGNET REZEKI

![]() |
| Selain tips berjimat cermat di bulan puasa, mintalah padaNYA, usaha dengan doa dan tindakan! |
Bulan ramadhan yang mulia ini merupakan saat yang terbaik untuk berjimat cermat walau kita fikir kita ada banyak atau sikit duit. Jika kita mahu berbelanja, bagus berbelanja mereka yang susah. Beri makan walau sikit kepada orang yang berpuasa. Fikir juga apa yang kita belanja pada hari raya ini, adakah ianya merupakan ASET? Sebab itu penting untuk merancang dengan sebaik-baiknya, selebihnya kita serah padaNYA Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi! Allahumaameen. . .
SELAMAT BERAMAL DENGAN TIPS BERJIMAT CERMAT DI BULAN PUASA!

Comments
Post a Comment