CARA TRANSFER DARI MAYBANK2U KE TABUNG HAJI ONLINE

CARA TRANSFER DARI MAYBANK2U KE TABUNG HAJI ONLINE?



Tiada masa untuk ke Tabung Haji? Tiada masa untuk beratur panjang masukkan duit ke kaunter Tabung Haji? Apa susah, sebenarnya anda semua boleh memasukkan duit secara online sahaja. Teknologi kini hanya di hujung jari. Cliks cliks cliks

Untuk mengetahui lebih lanjut cara transfer dari Maybank2u ke Tabung Haji Online teruskan membaca artikel ini.

Syarat utama untuk menggunakan aplikasi ini anda mestilah mempunyai akaun Maybank2u, jika tiada anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Syarat kedua anda perlu mendaftarkan nombor akaun Tabung Haji terlebih dahulu melalui mesin ATM.

Cara-cara mendaftar Akaun Tabung Haji di mesin ATM adalah seperti berikut:

1. Masukkan kad ATM anda dan tekan password seperti biasa.

2. Klik pada MENU UTAMA, kemudian pilih Sub Menu: Tabung Haji


3. Kemudian pilih, daftar akaun Tabung Haji kepada ATM


4. Langkah seterusnya, memasukkan 15 digit nombor akaun Tabung Haji anda


5. Langkah terakhir anda akn diminta memasukkan NOMBOR SIRI BUKAN AKAUN TABUNG HAJI anda


Selesai pendaftaran anda bersama ATM, anda terus boleh LOG IN ke Maybank2u untuk membuat transaksi pemindahan sama ada dari Maybank2u ke akaun Tabung Haji, daripada akaun Tabung Haji ke Maybank2u, malah ada jugak third party dari Maybank2u ke akaun Tabung Haji ahli keluarga anda. Mudah saja urusan untuk kita pergi menunaikan haji!

Baiklah, cara transfer dari Maybank2u ke Tabung Haji online pula adalah seperti berikut:

1. Log masuk ke dalam akaun Maybank2u anda.

2. Klik pada menu "Accounts & Banking"


3. Kemudian, klik pada button "Transfers". Setelah paparan lengkap keluar, klik pada "Tabung Haji"


4. Seterusnya, klik pada "Fund Transfers"


5. Kemudian, paparan pengesahan akaun Tabung Haji akan keluar. Anda perlu klik sekali lagi pada button "Fund Transfer"


6. Paparan skrin untuk "Fund Transfer" akan memaparkan banyak tujuan transaksi kewangan anda. Pilih-pilih yang mana satu, yang penting wangnya ada :)


7. Seterusnya adalah proses transaksi seperti biasa dan pastinya memerlukan pengesahan nombor TAC. Opps! Setiap kali transaksi melibatkan 6% servis GST. :')



8.  Akhir sekali, sekiranya anda berjaya status akan menunjukkan "SUCCESSFUL". Minimum transaksi perpindahan adalah RM1.00. Plus GST RM1.06. Uhuuu. . .

Jadi bagaimana? Mudahkan. . . Dapat gaji terus je transfer ke akaun Tabung Haji, simpanan untuk menjadi tetamuNYA kelak. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. SELAMAT MENCUBA cara transfer dari Maybank2u ke Tabung Haji Online!




Comments

Popular Posts