PASAR BEN THANH, VIETNAM pasaraya berhantu!!!
PASAR BEN THANH, VIETNAM pasaraya berhantu!!! Terletak di Bandar Ho Chi Minh, mengambil masa kira-kira 10 minit dari penginapan kami di Equatorial Hotel.
Jumaat, 18 September 2015:
Sebelum menghabiskan duit poket, kami bersarapan di Chit Chat At The Cafe, Equatorial Hotel. Apa yang istimewanya pada hari ke dua TOP LEADERS CIRCLE di sini, aktiviti kami bebas, tiada makanan tengah hari disediakan tetapi Sahajidah Hai O Marketing membekalkan duit poket untuk makan di sekitar bandar Ho Chi Minh. Ya Allah bertuahnyaaaaaa!!!!
Kemudian kami di bawa ke Tan Son Nhat Airport dan berlepas pulang ke Malaysia pada pukul 1930 waktu tempatan Vietnam dan selamat tiba di Malaysia pada pukul 2200 waktu tempatan Malaysia. Sedihhh sangat sebab berpisah dengan rakan-rakan TOP LEADERS CIRCLE yang memang auranyaaa sentiasa positiffff! Tapi takpe, kita kerja keras untuk ke temu lagi di Osaka yaaa!
Punya impian untuk menyertai percutian yang ditaja oleh majikan bersama TOP LEADERS CIRCLE? Melancong bersama multimillionaire Malaysia in networking di Pasar Ben Thanh, Vietnam pasaraya berhantuuu!!!
Jumaat, 18 September 2015:
Sebelum menghabiskan duit poket, kami bersarapan di Chit Chat At The Cafe, Equatorial Hotel. Apa yang istimewanya pada hari ke dua TOP LEADERS CIRCLE di sini, aktiviti kami bebas, tiada makanan tengah hari disediakan tetapi Sahajidah Hai O Marketing membekalkan duit poket untuk makan di sekitar bandar Ho Chi Minh. Ya Allah bertuahnyaaaaaa!!!!
Hari kedua tema kami STRIPEY DAY!!!
Letih rasa, berehat sebentar di timbunan syurga kain. Oh ya, di pasar Ben Thanh ini perlu berhati-hati dengan barang berharga, banyak yang panjang tangan.
Antara koleksi buah tangan atau ole-ole untuk kenalan.
Oh ya sebelum Teha terlupa, buat bakal pengantin di luar sana, kalau nak buat dress for ur wedding day boleh cari di pasar ini. Berbaloi-baloi. Dress maroon yang premium beautiful bride pakai tu kalau tempah di Malaysia RM400.00. Di pasar Ben Thanh hanya RM200.00 sahajaaaa! Apa lagi, pengantin lama pun in the spot tempah lah. Apa yang istimewanya, kita pilih kain, boleh terus tempah dan baju tempahan kita boleh disiapkan dalam masa 5 jam dan paling lama pun sehari. Yang bertambah syokkkkk, baju yang ditempah, pihak kedai akan hantar terus ke hotel. So, Vietnam memang super duper awesome! Sebab tu kalau pergi sini, orang Malaysia kata PASAR BEN THANH, pasaraya berhantuuuuuu!!!
Kemudian, kami menjamu selera di RESTORAN HAJAH BASIRAH, muslim food yang terkenal di sekitar Pasar Ben Thanh, pekena kopi Vietnam. Masya Allah memang terbaikkkkk! Setelah selesai, kami beransur pulang ke Equotarial Hotel untuk merapikan diri sempena malam gemilang kami. GALA DINNER EXCELLENT ACHIEVERS bertemakan Spicy & Hot!!!!!!
Mengambil kesempatan bergambar dengan TOP LEADERS CIRCLE MASTER TRAINER as known as MILLIONAIRE MENTOR. Ambil auraaaa positifff, sedut bau kejayaaannnnn!!!
Group TOP LEADERS CIRCLE MASKULIN. Abam sado pun mampu jual pakaian dalam perempuan. SALAS MENCANAK RM100,000.00 dalam masa sebulan. Kagum dengan semangat mereka, nak berjaya jangan sesekali under estimate yourself! Siapa sangka mereka yang asalnya pemandu lori, mekanik, guru biasa, pakar IT kini millionaore networking. CLICK CLICK 2 JAM, RM1000.00 dalam tangannn!!!!
Sabtu, 19 September 2015:
Hari ketiga di Ho Chi Minh City, Vietnam kami on FLORAL DAY!!!! Kami dibawa ke City Hall untuk group photo. Masya Allah, SubhanAllah cantikkkk sangat view di City Hall, ala2 di EUROPEEEE!
Terukir cinta kami kali ini di HO CHI MINH CITY, VIETNAM. Alhamdulillahhh!
Kemudian kami dibawa ke Delta Sungai Mekong. Sungai yang tersenarai dalam 10 sungai paling panjang dalam dunia. Panjangnya 4880km yang mana bermula di Dataran Tibet China merentasi 5 buah negara iaitu Myanmar,Thailand, Laos, Cambodia dan Vietnam.
Luncheonsss kami ditaja dengan makanan seafood! Memang terbaik di HALAL FOOD RESTAURANT, MEKONG RIVER.
Bab makan memang paling terbaikkk! Setelah selesai, sekali lagi kami di hantar ke Pasar Ben Thanh, pasaraya berhantuuuuu!! untuk repeat shoppinggggg!
Pada sebelah malam pula, kami dibawa menonton wayang ala-ala Vietnam, PUPPET SHOW!
Setelah selesai, kami di bawa makan dan repeat shopping di Night Market pula. Orang perempuan kan!!! Pakaian, makanan, kain-kain memang berkualiti tapi dijual pada harga berpatutan. Those who loves bussiness trading why not tengok sendiri istimewanya kain-kain Vietnam. Setaraf butik di Malaysia okies! Hari ketiga ni penat memang penat tapi memanggg berbaloi-baloi. Pengalaman yang tidak mungkin Teha lupakan. Jadi tak sabar untuk next trip ke OSAKAAAAA JAPANNNN!!!!
Ahad, 20 September 2015:
Hari terakhir kami di syurga shopping! Sedihnyaa nak berakhir dah percutian mewah kali ini. Tapi hati dah rinduuu bumi bertuah MALAYSIA.
Bergambar kenangan di Equotarial Hotel, Vietnam. Beg da beranakkk pinak,Astagfirullah...
Sebelum dihantar ke airport, kami di bawa mengelilingi bandar Ho Chi Minh. Tempat-tempat menarik seperti Post Office, Notre Dame Cathedral dan Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh City.
Pemandangan HO CHI MINH CITY, VIETNAM dari angkasa. Syahdu sangat, sampai ke temu lagi. Memori terindah yang tidak akan Teha lupakan.... Alhamdulillah.
#TLCinVietnam #TLCinHochiminhcity #TLCTravelog #VVIPFreetravel #premiumbeautiful #topleaderscircle
Do not hesitate to contact me okies ;)


































Comments
Post a Comment