TIPS KURUS TANPA DIET!
16 Tips Kurus Tanpa Diet adalah perkongsian dari hati ke hati bagi mereka yang gemar memberi alasan untuk diet dan senam! Diet dan latihan kecergasan juga belum tentu menjamin kita mendapatkan hasilnya tanpa sikap yang konsisten. Kesimpulannya, tidak dinafikan menurunkan berat badan dan mendapatkan berat badan yang ideal bukanlah sesuatu yang mudah.
Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan azam untuk kurus dan sihat itu terbengkalai. Walaubagaimanapun ada 16 tips yang ingin dikongsikan untuk kelihatan langsing secara semulajadi!!!
![]() |
| SUMBER |
1. BANGUN TIDUR
-Bangun secara perlahan-lahan setiap kali bangun dari tidur tanpa menggunakan tangan. Luruskan kaki dan badan. Lakukan regangan lembut di bahagian punggung dan paha belakang. Gerakan ini membakar 10 kalori!
2. GOSOK GIGI
-Ketika memberus gigi, cubalah berdiri dengan menggunakan sebelah kaki dan lakukan secara bergilir-gilir. Latihan ini membantu keseimbangan badan, meningkatkan kekuatan otot dan baik untuk otak anda.
3. SQUAT
-Latihan ini tidak memerlukan peralatan, tempat khusus mahupun modal. Tapi memerlukan kegigihan dan azam yang tinggi untuk melaksanakannya. Apapun squat memang terbaik membantu kita mendapatkan bentuk badan yang menarik terutama bahagian paha dan punggung.
4. PUSH UP
-Kalau malas untuk menggunakan lantai, lakukan sahaja latihan ini pada bahagian dinding. Push Up sangat terbaik untuk menguatkan otot dada dan trisep. Senang cerita salah satu rahsia memiliki bentuk payu dara yang anjal.
5. AMALAN MAKANAN SUNNAH
-Kehebatan makanan-makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda, kurma memang tidak asing lagi kehebatannya dalam mebantu menambahkan tenaga mahupun proses detox badan. Semakin banyak di pasaran dan pastikan yang original.
6. MEMBELI BELAH
-Pasti ramai tidak tahu bahawa membeli belah juga salah satu cara untuk kita kekal langsing. Dengan membawa barang-barang membeli belah dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan membakar kalori. Begitu juga ketika kita cuba beberapa helai pakaian, testing testing membuatkan 60 kalori terbakar!
7. BERJALAN
-Berjalan ulang alik sambil mendukung bayi juga boleh membakar sehingga 50 kalori! Sesuai sangat untuk diaplikasikan kepada ibu-ibu yang lepas bersalin untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Bagi anak dara pula, berjalan-jalan kecil sambil melakukan kerja seperti menjemur baju, mengelap habuk juga membantu membakar kalori.
8. TURUN NAIK TANGGA
-Say no to lift and escelator! Tahukah kita bahawa turun naik tangga selama 2 minit per hari selama 5 hari memberi persamaan dengan berjalan selama 20 minit. Ia membakar 100-400 kalori!
9. BERCUTI
-Bukan sekadar untuk makan, tidur dan berseronok. Apabila ditempat baru cuba aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti jungle tracking, berkayak dan apa-apa yang bersesuaian mengikut destinasi yang dituju.
10. REGANGAN WAKTU MALAM
-Sambil bersantai bersama yang tersayang, cuba lakukan sedikit regangan seperti PLANK sambil menonton televisyen. Tahan posisi ini selama 20 saat sambil tarik dan hembus nafas secara perlahan-lahan.
11. TIDUR DI LANTAI
-Sebelum melelapkan mata, apa kata rebahkan diri ke lantai dengan posisi kaki ke atas. Tahan selama 5 saat, rehat dan ulang lagi sekitar 10-15 minit. Bukan saja membantu menguatkan otot hamstring malah sesuai sangat membantu menghilangkan keletihan di kaki selepas seharian bekerja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja sambil menggunakan sepatu tinggi.
INGIN KELIHATAN LANGSING LAGI TANPA DIET?
SELAMAT MENCUBA kesebelasan tips kurus tanpa diet!!!






Comments
Post a Comment