6 SEBAB ANDA TOLAK KORSET PREMIUM BEAUTIFUL
Ramai dalam kalangan kita semua akan menjadikan memakai pakaian dalam atau korset sebagai pilihan terakhir untuk tampil kurus dan langsing. Hal ini disebabkan kita semua seringkali dimomokkan pemakaian korset yang ketat menyebabkan sukar bernafas, sukar untuk urusan ke tandas, membuatkan kita cepat berpeluh dan gatal-gatal. Malahan ada yang menyatakan pemakaian korset boleh menyebabkan peralihan organ dalaman. Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful juga tidak terlepas daripada mendapat jolokkan "alaaaa beli mahal-mahal tak menjadi pun"
YESSSS! Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjadi sekiranya anda masih belum memiliki korset pembentukan badan ini. Mana tidaknya, sebelum membeli pasti Premium Beautiful akan DITOLAK atas salah faham berikut:
1. PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL HARI INI, ESOK PASTI KURUS
"Alaaa tak mahu la beli Teha, emak saya ada dah Premium Beautiful ni, tak menjadi pun, tak kurus pun. Last-last simpan dalam almari. Nanti-nanti kalau terasa nak pakai korset, saya ambil emak saya punya sahaja"
Sayang, kita kena sedia maklum, proses nak kurus sangat mengambil masa, cepat atau lambat sangat subjektif bergantung pada tindak balas individu. Fikir logik lah, tak kan hari ini kita senam, bangun esok pagi kita kurus? Apa yang pasti, pemakaian Premium Beautiful pasti menjadi dengan melalui tiga fasa yang wajib iaitu:
Pengalihan Lemak:
Biasanya berlaku serta-merta di tempat-tempat utama seperti payudara, pinggang dan pinggul
Penyimpanan Lemak:
Berlaku mengikut tindak balas individu, pemakaian konsisten selama 8 jam setiap hari, kesan awal dapat dilihat sekitar tiga minggu hingga 4 minggu. Terdapat pemakai yang berkurangan berat badan dan ada yang berkurangan ukur lilit.
Bagi mereka yang tiada masalah berat badan berlebihan, penurunan berat badan yang ketara dapat dirasakan, pengalaman Teha memakai Premium Beautiful seawal 3 bulan berjaya turun 10kg daripada berat badan asal ketika itu iaitu 65kg.
Manakala, bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, lazimnya jarang yang berjaya mengalami pengurangan berat badan TETAPI berjaya memiliki perubahan ketara saiz ukur lilit pada bahagian pinggang dan pinggul.
Penetapan Lemak :
Semakin konsisten pemakaian Korset Premium Beautiful, semakin terpaksa kurus dan langsing. Penetapan lemak juga bergantung kepada tindak balas individu, lazimnya badan menjadi semakin kemas daripada masalah lemak menggeleber seawal 3 hingga 6 bulan. Pemakaian korset Premium Beautiful melebihi 3 tahun biasanya anda terpaksa AWET MUDA!
2. PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL MESTI KETAT
Rata-rata wanita di Malaysia sangat mementingkan aspek kecantikan sehingga sanggup melakukan apa sahaja supaya apa yang dihajati untuk cantik, kurus supaya kelihatan tampil bergaya. Ramai yang sanggup membeli Premium Beautiful Korset tetapi akhirnya tersimpan rapi di dalam almari kerana sudah ketat mahupun tidak selesa. Hal ini terjadi kerana tiada info yang jelas diterangkan oleh agent Premium Beautiful kepada pelanggan bahawa pemakaian Premium Beautiful TIDAK BOLEH ketat sama sekali. Teknik pemakaian korset Premium Beautiful juga mesti betul!
Pemakaian Premium Beautiful korset perlu sesuai mengikut ukuran badan. Premium Beautiful Top Agent akan mendapatkan ukuran badan anda yang sebenar memastikan ukuran tersebut sesuai dengan saiz korset anda. Untuk pengetahun anda, saiz Premium Beautiful terdiri daripada 3 jenis iaitu 5 Normal, 2 Large dan 1 Extra Large. Jadi tidak logik jika anda reject atas alasan pakai korset Premium Beautiful mesti ketat.
Kesan pemakaian Premium Beautiful yang ketat akan mengakibatkan
√ Lengan kelihatan besar
√ Ketidakselesaan pada bawah ketiak
√ Masalah sakit belakang
√ Cepat letih
√ Susah untuk urusan ke tandas
√ Rasa gatal pada bahagian pelipat yang ketat
√ Rasa malas nak terus konsisten memakai korset Premium Beautiful
Gambar di atas merupakan testimoni sebenar pelanggan Teha yang menghadapi masalah korset salah saiz. Gambar kiri beliau sedang memakai Premium Beautiful tetapi mempunyai masalah lengan yang sangat ketara berisi, manakala gambar belah kanan, masih orang yang sama, baju yang sama, tapi berbeza hasil bentuk lengan setelah mendapat saiz Premium Beautiful yang betul dan tepat!
3. PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL TIDAK SELESA
Seperti yang telah dinyatakan seperti kenyataan di atas, korset Premium Beautiful tidak akan selesa dipakai membawa maksud it does not suite with your size!
Gambar menunjukkan tempat yang perlu diukur dengan tepat sebelum memakai korses Premium Beautiful dengan selesa
Once anda memiliki korset Premium Beautiful yang sesuai mengikut saiz badan anda, pasti anda akan rasa teruja untuk konsisten memakainya setiap hari, malah ada pelanggan Teha siap bawa tidur malam kerana dapat mengatasi masalah sakit belakang yang dihidapinya.
4. PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL LECEH
"Alaaa leceh lah nak pakai korset Premium Beautiful ni, nak kena minta tolong orang lain pakaikan, pulak tu rasa membataskan pergerakan harian saya, rasa sesak nafas, susah nak bergerak, macam robot dah jadinya"
Sejujurnya, jika anda telah memiliki saiz korset yang tepat dan tahu kaedah pemakaian yang betul, anda tidak memerlukan perkhidmatan sesiapa pun untuk sarung set kemas lemak nombor satu di Malaysia ini. Mungkin pada peringkat permulaan rasa macam menyusahkan, tetapi apabila sudah menjadi perbuatan lazim, pakai Premium Beautiful rasa macam sarung legging sahaja.
5. PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL PAYAH MENYUSUKAN ANAK
"Taknaklah pakai korset, susahkan saya nak menyusukan anak"
TAHNIAH! Pada mereka yang dalam pantang atau lepas pantang cepat-cepat sarung Premium Beautiful. Rata-rata pelanggan Teha memberi maklum balas, best lah Teha pakai Long Bra Premium Beautiful ni masa breast feed sebab:
√ Menggalakkan pengeluaran susu
√ Hilang rasa melecet di puting
√ Hilang rasa bengkak susu
√ Tiada lagi masalah sakit belakang semasa menyusukan
√ Lebih yakin sebab menutup aurat (Bila terselak baju, Long Bra Premium Beautiful melindungi badan daripada terdedah)
WOWWW! Buat Teha makin tak sabar nak berpantang dengan korset Premium Beautiful ni tau!
6. PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL KAN UNTUK ORANG GEMUK SAHAJA
THATS THE POINT! Teha pun fikir perkara yang sama. Sebab tu masa kurus awal-awal tolak dan reject 100% kebaikan Premium Beautiful ini. Namun selepas mengalami pelebaran badan secara luar biasa, setelah usaha diet dan senam terbengkalai, jalan terakhir, sarung jugaklah korset ini. Pada mulanya teruja lah kan sebab berjaya kurus balik. Tapi tanpa sedar pemakaian korset Premium Beautiful secara konsisten ini rupanya membantu banyak masalah kesihatan Teha tanpa sedar.
Antara perubahan ketara yang Teha alami setelah pemakaian Premium Beautiful:
√ Hilang masalah senggugut
√ Kitaran haid mula teratur
√ Tiada lagi masalah kerap rasa ingin buang air kecil
√ Tiada masalah sakit pinggang bila duduk berjam dalam kereta jika travel atau dalam meeting
√ Rasa hubungan intim kembali hangat seperti sentiasa malam pertama
√ Kawasan di ketiak dan peha semakin cerah
√ Rasa lebih selesa bila bersenam kerana aset-aset tidak lagi bergegar
√ Ukur lilit payudara bertambah
√ Warna puting semakin cerah
√ Ukur lilit pinggang kembali ramping seperti anak dara
√ Pinggul lebih anjal, bulat dan montok
√ Hilang masalah kebas kaki apabila duduk bersila atau bersimpuh terlalu lama
Honestly, Teha rasa berbaloi sangat pelaburan membeli korset Premium Beautiful ini sebab tak pening dah fikir nak cari ubat bila datang bulan, tak payah masam muka dengan suami sebab bila travel asyik ke tandas sahaja. Tahukah anda, masalah kerap rasa ingin buang air kecil tanda-tanda rahim anda sudah tidak berada pada kedudukan sebenar? Yang best sangat apabila tidak lagi sakit pinggang apabila travel, kurang lah rasa letih lesu dan tak bertenaga.
Dan yang paling istimewa, bila suami puji "sayang, lain sangat rasa kat dalam tu" No wonder lah korset Premium Beautiful terkenal dengan jolokan CORSET ABANG SAYANG!! Aiyayaya :)
Jimat tak payah pening kepala nak fikir kena beli alat-alat pemutih ketiak dan celah peha, tak risau nak sapu krim apa pada payudara, seriously Teha tak berani nak cuba sebarang krim kencangkan payudara, risau kesan jangka panjang. Maklumlah kerana diri wanita begitu berharga.
Ukur lilit pinggang paling ketara, daripada 27inch mendadak ke 33inch. Namun sejak konsisten berPremium Beautiful, now get back ukur lilit pinggang 27inch. Puas hati lah baju-baju lama semua buat balik plus feel sexay when with hubby :)
Ooopss bila dah dapat atasi masalah-masalah di atas, seriously, mood DIET dan SENAM datang balik tau. Teha mula sedar diet yang betul adalah pengambilan makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap serta jangan sesekali skip breakfast dan seeloknya dinner sebelum maghrib. Selain itu, nak bersenam memang best sangat! Teha suka skipping sebab bantu kardiovaskular, pejam mata 100 sehari memang boleh complete sebab dah selesa, tak rasa gegar sana sini plus now boleh fokus untuk squad bagi pembentukan pinggul dan peha. Maklumlah, wanita di Malaysia memang menghadapi masalah pelebaran berleluasa part bawahan selepas mendirikan rumah tangga. Dont know why, tapi biasanya orang kata sebab perubahan hormon.
Yang paling Teha tak sangka bila hilang dah masalah kebas-kebas kaki bila duduk bersila atau bersimpuh terlalu lama tu. Kalau tak rasa tua sangat okies. Now, alhamdulillah semuanya semakin baik, membuatkan Teha semakin sedar, nikmat kesihatan adalah rezeki kurniaanNYA yang tak terhingga. Cuba fikir, kalau kita tak jaga kesihatan dari sekarang, kita sakit, macam mana dengan ibu ayah suami dan zuriat keturunan kita? Betul, mereka akan bersama kita, tapi sebagai seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu, kita pasti nak yang terbaik buat keluarga kita. Kita mesti sihat supaya kita dapat jaga mereka yeng memerlukan kita kan.
Teha harap lepas anda baca perkongsian pengalaman sebenar Teha dan pelanggan Teha berPREMIUM BEAUTIFUL ini dapat membantu wanita-wanita di luar sana fikir banyak kali sebelum tolak atau reject Premium Beautiful ya! Teha tak bermaksud nak promote belilah belilah, sebab Teha pasti ada yang annoying dengan ayat "alaa nak jual produk dia mestilah puji melambung"
NO! Allah sahaja yang tahu niat Teha sharing kebaikan Korset Premium Beautiful ini sebab Teha seorang perempuan, anda juga seorang perempuan. Kesihatan dalaman penting untuk tidak menjejaskan kehidupan harian, khususnya bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga.
Teha harap entry ini dapat membantu wanita di luar sana elak salah faham akan korset Premium Beautiful.
So, do not hesitate to contact me to know more about PREMIUM BEAUTIFUL!!!
"Sayangi tubuh badan kita, badan nak pakai lama"






Comments
Post a Comment