TIPS MENIAGA MUDAH: SEMINAR TLC LEADERS SUMMIT 2016 PART 1

Ini cuma nota perjalanan hidup Teha. Bagaimana mahu menceburi dunia perniagaan dan jadikan dunia meniaga ini satu perkara yang menyeronokkan dan sangat mudah!


Teha make it simple sebab apa yang Teha cuba cerita dan sampaikan ini pastinya sama dengan prinsip hidup orang lain. Cuma bagaimana kita apply dalam kehidupan masing-masing tak kisah lah kita meniaga apa pun!


QUESTION 1:

DAH ADA KERJA HAKIKI? PERLU KE MENIAGA? TAK CUKUP DUIT KERRR?

Smile
.
.
.
Alhamdulillah bersyukur, cantik aturan DIA. Rezeki setiap orang tak sama. Kalau topik "Tak cukup duit ker?" Kenapa mesti isteri pun pergi kerja?Sanggup perkahwinan jarak jauh semua. Kan tugas cari nafkah tu suami je?! Tak cukup Teha jika suami sahaja bekerja untuk tampung keluarga. Nah! Maksud "Tak cukup duit" sangat subjektif pada semua orang tau, jangan sesekali persoalkan pada sesiapa pun. 

Cerita antara kita tak kan pernah sama. Apa yang membezakan kita bagaimana kita berusaha untuk cukupkan duit tu sahaja. Ada pasangan yang nak cukupkan duit dengan cut budget untuk reward diri sendiri lepas penat kerja, ada pasangan yang rela kerja lebih sikit dari orang lain asalkan dapat reward diri dan pasangan masing-masing ikut kemampuan. Terlalu subjektif! 

Duit bukan segalanya dah lapuk pun perumpamaan tu, segalanya perlukan duit zaman sekarang ni tau.


QUESTION 2 :

MENIAGA KAN STRESS, KENA CAPAI TARGET, TAK CAPAI TARGET BERMAKNA KITA RUGI, BUAT MALU SAHAJA, ORANG DAH KATA TAK ADA BAKAT, TAPI SIAPA SURUH MENIAGA JUGAK???

Rilex
.
.
.
Kerja apa pun tetap stress. Even kita as suri rumah pun stress jugak. Hari-hari buat perkara yang sama. Lepas tuh tengok je orang kerja beli itu ini bila gaji, terkebil-kebil tengok orang gaji pergi check in makan travel sana-sini, stress. Tapi kita akan back to ALLAH kan? In shaa Allah rezeki ada untuk orang yang bersabar. 

SAMAAA! Sama macam Teha yang meniaga online. Feel the same thing, back to ALLAH, in shaa Allah ada rezeki untuk orang yang bersabar disertai dengan usaha.


QUESTION 3

THEN HOW TEHA  BAHAGIAKAN DIRI?

Tips membahagiakan diri bila meniaga ini Teha apply pada diri sendiri hasil perkongsian seorang saudagar jalanan, Tuan Ikram Al Banjari. 


Bila Teha aplikasikan dalam kehidupan seharian, it works!!!


1. Jika kita mahu kebahagiaan satu jam, pergilah tidur.

2. Jika kita mahukan kebahagiaan sehari, pergilah mengaji.

3. Jika kita mahukan kebahagiaan setahun, wariskan harta kita.

4. Jika kita mahu kebahagiaan sebulan, pergilah keluar melihat negara orang.

5. Jika kita mahu kebahagiaan selamanya, bantulah orang lain.
.

Apabila kita sedang membantu orang lain, sebenarnya kita sedang bantu diri sendiri.
.
Lebih indah apabila kita melakukan semuanya dengan bertuhan. Mudah-mudahan semua amalan kita ditulis sebagai amal kebaikan. Sekecil usaha pun ada keberkatan.

----------------------------------------------------------------------------------------

Bersyukur dan terus bahagia bila Teha dapat invite secara official by CDM Salha Zain, Ikon SOHONita Malaysia  untuk hadir ke seminar khas TLC Summit 2016. Seminar kali ini khas untuk para usahawan TLC di seluruh Malaysia yang telah mencapai RM180,000.00 sales terkumpul menerima ilmu secara direct daripada CDM Salha Zain all out ilmu untukk meniaga dengan mudah menggunakan medium online bagi mencapai sesuatu yg pada kita mustahil nak capai! Tapi dengan tip dan teknik meniaga yang betul, plan yg kukuh, dgn izinNYA nothing impossible.





Loveeeee much TLC! Setiap hari mentoring progress secara percuma, setiap bulan ada seminar khas perturun ilmu meniaga dgn mudah, setiap 6bulan pulak travel freee. Cayalahhh.

Teha akan update about this seminar on PART 2 yaaa! Stay tuned dengan update #BabyBlueAndKhakis #TLCSummit2016 #SalhaZainProtege








Comments

Popular Posts